Tuesday, December 30, 2008

Nasihatku untuk sahabat-sahabatku

Assalamualaikum

Wahai sahabatku yang beriman kepada allah.Sesungguh sudah penat kamu berusaha untuk menyatukan hati-hati umat islam di Malaysia untuk hidup di bawah syiar Islam yang sebenarnya.Tapi ingatlah wahai sahabat-sahabatku tiada usaha yang perlu kita henti kan di waktu sekarang malah kita perlu perkuatkannya.Sahabat-sahabat ku aku ingin mencadangkan agar kamu mendekati rakyat bukan hanya dengan ceramah yang majoriti di hadiri oleh orang yang datang.Tapi kenapa tidak kita agih-agih kan fotokopi garid panduan hudud dari rumah ke rumah seperti mana yang kita lakukan sewaktu kita berkempen untuk PRK.Kenapa tidak kita sumbangkan tenaga ilmuwan kita untuk memberi khidmat tuisyen percuma kepada adik2 kita yang lemah enlish nya mathematics nye science nyer di pusat2 khidmat pas kite dari hanya memarahi umno untuk menukar sistem.Kita tidak akan maju dengan hanya bertempur dalam parlimen kerana yang akan memajukan malaysia dan islam adalah manusia-manusia yang sekarang sedang menjahit baju untuk anak-anaknya untuk ke sekolah pada minggu depan,pakcik-pakcik yang sedang menunggu penumpang di bawah pohon ketapang,adik-adik yang sekarang ini sedang menyepak bola berkaki ayam,gadis-gadis yang sekarang ini sedang memilih baju di pasar malam,anak remaja lelaki yang sedang mengubahsuai motosikalnye,para ustaz yang mengajar di surau,para profesor yang mentelaah di perpustakaan,para webmaster yang sedang mengemaskini maklumat-maklumat terbaru untuk parti.Hati-hati kami orang di luar parlimen ini dahagakan kasih sayang abang-abang untuk tunjuki kami kearah jalan yang benar.Sedar la sahabat-sahabat ku politik bukan untuk dibangun di parlimen tapi di bangun oleh hati - hati yang hidup

2 comments:

  1. molek sungguh hok demo kata ni.
    tapi jangan pulok kata kata kamu kearah membenci pemimpin. kerana pemimpinlah kamu dapat idial.dan keadaan ini mungking tidak jikalau bukan kerana perjuangan mereka.
    jadi dengan itu aku pula mintak kamu main peranan yag baik itu untuk kamu melaksanakan.
    biar kan pihak atasan dengan perjuangan dia dan kita teruskan secara bawahan dengan ideal kamu yang baik tadi.insyallah selamat dan majujaya.

    ReplyDelete
  2. hati manusia bukan boleh digoncang dengan jentera,tapi dengan hati-hati manusia yang lain.

    ReplyDelete