Wednesday, December 31, 2008

Kenapa orang kaya semakin kaya

Duit oh duit sudah lama kite kumpul duit.tapi x pernah banyak kecuali syiling saje.Adakah duit sesuatu yang ajaib kerana makin banyak di kumpul tidak tentu makin banyak nilainya.Ada waktu nilai nya jatuh merudum.Apakah jenis ekonomi gila yang berlangsung sekarang ini.Adakah setitik peluh rakyat zimbabwe hanya bernilai satu zarah peluh rakyak britain dan setengah titik peluh rakyak Bangladesh.Apakah rasional gila ini yang telah dipersetujui oleh pihak kerajaan sedunia dalam menilai nilai matawang bagi setiap negara.Tanpa perlu penat mengeluarkan peluh kesah hanya dengan sedikit kepintaran para pemodal bermain saham di bursa beli tu jual ni .Tapi adakah anda semua sedar saham itu adalah nilai syarikat dan syarikat itu di gerakkan oleh tenaga-tenaga manusia.Adakah nilai syarikat pertanian dengan skala yang sama mengeluarkan hasil yang sama tapi di negara yang berbeza seperti contoh ubi keledek di jepun,ubi keledek di zimbabwe dan ubi keledek di malaysia di nilai dengan nilai yang berbeza.Nilai duit sebenarnya terletak pada pandangan majoriti.Bila majoriti berpendapat duit jepun bernilai tinggi dari duit malaysia nilaian naik.Kenapa pulak emas tidak di jadikan duit di masa sekarang?Emas semakin berkurang kata puak kapitalis.Adakah ini benar?Ya memang benar populasi manusia bertambah tapi bilangan emas tidak bertambah.Berdasarkan teori ini para ahli kapitalis bermain akal dengan orang kebanyakan menyatakan bahawa kita perlu hidup dengan menggunakan duit baru.Tapi mengapa mereka tidak mencadang satu duit yang same nilainya di semua tempat.Seperti mana nilainya emas yang sama sahaja.Sebab mereka mahu menipu pemimpin-pemimpin bahlol di negara manusia bodoh.Akhir dunia di abad ini penuh dengan kesusahan kerana yang kaya makin kaya sebab bukan sahaja bilangan harta nya banyak tapi dengan menggunakan nilaian tipu dolar amerika,pound sterling,euro dan yen mereka menipu taka bangladesh ,ringgit malaysia,baht thailand dan banyak lagi di negara manusia yang majoriti berkulit hitam yang x layak untuk hidup senang di mata para kapitalis yang sedikit pintar dan banyak jahat nya.

Tuesday, December 30, 2008

Keputusan PMR

Dulu aku pernah merasai hari ini.Aku melompat gembira sebaik sahaja mendapat keputusan PMR ku.Adakah ini yang terbaik yang mampu aku lakukan untuk ku tunjukkan hasilnya kepada kedua ibu-bapa ku.Aku terus berangan ahhh mesti nanti aku dapat offer untuk bersekolah di MRSM mungkin juga di SBP.Tetapi bila aku sudah mencapai umur sekarang ini aku berfikir.Apakah bersekolah di MRSM adalah penentu kepada keputusan SPM ku.Sejarah telah membuktikan aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik semasa SPM ku.Tetapi sejarah juga telah membuktikan bahawa ada juga rakan-rakan ku yang tidak berjaya.Pendidikan adalah sesuatu yang bukan hanya dapat di ukur dengan bilangan A, B atau C diatas slip peperiksaan tetapi sesuatu yang sangat lah berlainan dari ape kita fikir.Contohnya di negara maju mereka masih lagi menghasilkan golongan yang tidak dapat A dalam semua subjek tapi begitu banyak menyumbang dalam pekerjaan masing-masing.Bagiku minda yang terbuka yang mampu melakukan analisis untuk perkara-perkara yang berkaitan kehidupan adalah minda yang pintar.Contohnya seorang petani yang bertani di tanah yang kurang subur berfikirkan cara untuk menyuburkan tanah nya,bagaimana mendapatkan hasil terbaik sewaktu musim kemarau,bagaimana untuk mendapatkan pinjaman bank untuk meluaskan kawasan pertaniannya,bagaimana untuk memasarkan hasil pertanian dengan untung yang maksimum,bagaimana untuk menjaga hasil tanaman supaya tahan lebih lama.Inilah manusia yang pintar kerana selalu berfikir yang terbaik untuk pekerjaan nya.Wahai umat islamku janganlah kamu tertipu dengan akal orang lain kerana akal mu juga satu anugerah.

Nasihatku untuk sahabat-sahabatku

Assalamualaikum

Wahai sahabatku yang beriman kepada allah.Sesungguh sudah penat kamu berusaha untuk menyatukan hati-hati umat islam di Malaysia untuk hidup di bawah syiar Islam yang sebenarnya.Tapi ingatlah wahai sahabat-sahabatku tiada usaha yang perlu kita henti kan di waktu sekarang malah kita perlu perkuatkannya.Sahabat-sahabat ku aku ingin mencadangkan agar kamu mendekati rakyat bukan hanya dengan ceramah yang majoriti di hadiri oleh orang yang datang.Tapi kenapa tidak kita agih-agih kan fotokopi garid panduan hudud dari rumah ke rumah seperti mana yang kita lakukan sewaktu kita berkempen untuk PRK.Kenapa tidak kita sumbangkan tenaga ilmuwan kita untuk memberi khidmat tuisyen percuma kepada adik2 kita yang lemah enlish nya mathematics nye science nyer di pusat2 khidmat pas kite dari hanya memarahi umno untuk menukar sistem.Kita tidak akan maju dengan hanya bertempur dalam parlimen kerana yang akan memajukan malaysia dan islam adalah manusia-manusia yang sekarang sedang menjahit baju untuk anak-anaknya untuk ke sekolah pada minggu depan,pakcik-pakcik yang sedang menunggu penumpang di bawah pohon ketapang,adik-adik yang sekarang ini sedang menyepak bola berkaki ayam,gadis-gadis yang sekarang ini sedang memilih baju di pasar malam,anak remaja lelaki yang sedang mengubahsuai motosikalnye,para ustaz yang mengajar di surau,para profesor yang mentelaah di perpustakaan,para webmaster yang sedang mengemaskini maklumat-maklumat terbaru untuk parti.Hati-hati kami orang di luar parlimen ini dahagakan kasih sayang abang-abang untuk tunjuki kami kearah jalan yang benar.Sedar la sahabat-sahabat ku politik bukan untuk dibangun di parlimen tapi di bangun oleh hati - hati yang hidup

Wednesday, December 17, 2008

Universiti Malaya

Naib Canselor baru UM nak kurangkan pelajar bagi menaikkan ranking.

Saya x rasa ini idea yang bagus.Why we dont try to implement Toyota nye gaya.A more better quality products.Bukannya dengan hanya mengurangkan pelajar ranking university dapat melonjak naik.Langkah yang paling betul patut diambil adalah buat seperti negara Jepun.Adakah entrance exam.Choose the best student .Give more scholarships to first class graduates.Scientists are not a bunch of stupids with qualification.But a pool or persons with significants THINKING.

Monday, December 15, 2008

jalanraya

Pernahkah anda semua terfikir kenapa jalan raya di negara selalu ade lompang di tengah jalan.Ramai berkata sebab negara kita selalu hujan.Adakah ini benar?Adakah masalah ini betul-betul tidak dapat di atasi?Adakah jurutera-jurutera di malaysia ini betul-betul memahami masalah water in pavement.Adakah mereka selalu merujuk handbook semasa mereka-bentuk jalanraya-jalanraya di malaysia.Adakah disebabkan kelemahan jurutera-jurutera kite dalam bidang matematik menyebabkan mereka susah untuk memahami prinsip bernoulli dalam mengira flow nets.Kelemahan mereka dalam statistik taburan hujan menyebab mereka lupa dalam mereka bentuk jalan raya yang terlalu condong yang tidak dapat menahan pergerakan air yang terlalu banyak sehingga berlaku surface corrosion.Tidak adakah profesor di malaysia yang membuat berkenaan hakisan berdasarkan sudut condong jalan raya dengan purata taburan hujan di malaysia.

Berfikirlah untuk hidup wahai malaysiaku