Sunday, January 4, 2009

Zakat

Pada tahun 2007 hanya sebanyak rm 23.4 juta sahaja nilai zakat yang dapat dikumpul dari zakat perniagaan.Ini bermakna hanya 1 billion sahaja nilai perniagaan oleh orang islam yang di zakat kan.Bile sesebuah syarikat itu tidak membayar zakat nya adakah ianya akan diberkati allah.Nilai aset Sime Darby baru setelah bergabung dengan Golden Hope dan Guthrie adalah 70 billion da jika kita anggarkan Sime Darby dapat membuat keuntungan HANYA sebanyak 1 peratus dari nilai aset nye iaitu 700 juta nilai zakat nya sahaja dianggarkan 17.5 juta.Itu baru sime darby belum lagi di kira nilai aset TNB,Petronas dan sebagainya.Akan tetapi adakah GLC-GLC ini membayar zakat nya dengan telus .Atau mungkin syarikat syarikat ini tidak layak membayar zakat di atas kapasiti ianya milik negara.Adakah itu yang menjadi dasar pemikiran pentadbir-pentadbir kita.Zakat itu rukun islam tidak menunaikan nya adalah sama seperti tidak menunaikan solat.Apa guna nya harta yang tidak di zakat.Nilainya ada barakahnya tiada.

Saturday, January 3, 2009

Pendidikan kepada jurutera

Di malaysia pendidikan yang di berikan kepada jurutera-jurutera kita adalah terbahagi kepada 2.Iaitu pendidikan secara syarahan dan juga praktikal di makmal.Syarahan di berikan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar.Manakala latihan praktikal di makmal dikendalikan oleh pelajar-pelajar master atau Phd.Tetapi bagi saya latihan praktikal yang berteras re-inventing an established experiment tidak akan membantu pelajar dalam membina pemikiran kritikal yang sangat diperlukan sewaktu mereka bekerja selepas bergraduan.Ini kerana jurutera adalah manusia yang akan mencipta atau memperelokkan sesuatu ciptaan untuk bersaing dalam industri.Ini adalah asas yang penting dalam melahirkan jurutera masa depan yang berdaya saing.Soalan-soalan peperiksaan yang banyak berdasarkan past year exam dan juga teori-teori asas tanpa menguji kebolehan pelajar dalam mengaplikasi teori-teori tersebut adalah sangat-sangat merugikan pelajar tersebut sendiri.