Saturday, January 3, 2009

Pendidikan kepada jurutera

Di malaysia pendidikan yang di berikan kepada jurutera-jurutera kita adalah terbahagi kepada 2.Iaitu pendidikan secara syarahan dan juga praktikal di makmal.Syarahan di berikan untuk memberi pengetahuan asas kepada pelajar.Manakala latihan praktikal di makmal dikendalikan oleh pelajar-pelajar master atau Phd.Tetapi bagi saya latihan praktikal yang berteras re-inventing an established experiment tidak akan membantu pelajar dalam membina pemikiran kritikal yang sangat diperlukan sewaktu mereka bekerja selepas bergraduan.Ini kerana jurutera adalah manusia yang akan mencipta atau memperelokkan sesuatu ciptaan untuk bersaing dalam industri.Ini adalah asas yang penting dalam melahirkan jurutera masa depan yang berdaya saing.Soalan-soalan peperiksaan yang banyak berdasarkan past year exam dan juga teori-teori asas tanpa menguji kebolehan pelajar dalam mengaplikasi teori-teori tersebut adalah sangat-sangat merugikan pelajar tersebut sendiri.

No comments:

Post a Comment