Tuesday, December 30, 2008

Keputusan PMR

Dulu aku pernah merasai hari ini.Aku melompat gembira sebaik sahaja mendapat keputusan PMR ku.Adakah ini yang terbaik yang mampu aku lakukan untuk ku tunjukkan hasilnya kepada kedua ibu-bapa ku.Aku terus berangan ahhh mesti nanti aku dapat offer untuk bersekolah di MRSM mungkin juga di SBP.Tetapi bila aku sudah mencapai umur sekarang ini aku berfikir.Apakah bersekolah di MRSM adalah penentu kepada keputusan SPM ku.Sejarah telah membuktikan aku berjaya mendapat keputusan yang agak baik semasa SPM ku.Tetapi sejarah juga telah membuktikan bahawa ada juga rakan-rakan ku yang tidak berjaya.Pendidikan adalah sesuatu yang bukan hanya dapat di ukur dengan bilangan A, B atau C diatas slip peperiksaan tetapi sesuatu yang sangat lah berlainan dari ape kita fikir.Contohnya di negara maju mereka masih lagi menghasilkan golongan yang tidak dapat A dalam semua subjek tapi begitu banyak menyumbang dalam pekerjaan masing-masing.Bagiku minda yang terbuka yang mampu melakukan analisis untuk perkara-perkara yang berkaitan kehidupan adalah minda yang pintar.Contohnya seorang petani yang bertani di tanah yang kurang subur berfikirkan cara untuk menyuburkan tanah nya,bagaimana mendapatkan hasil terbaik sewaktu musim kemarau,bagaimana untuk mendapatkan pinjaman bank untuk meluaskan kawasan pertaniannya,bagaimana untuk memasarkan hasil pertanian dengan untung yang maksimum,bagaimana untuk menjaga hasil tanaman supaya tahan lebih lama.Inilah manusia yang pintar kerana selalu berfikir yang terbaik untuk pekerjaan nya.Wahai umat islamku janganlah kamu tertipu dengan akal orang lain kerana akal mu juga satu anugerah.

No comments:

Post a Comment