Monday, May 4, 2009

Pemikiran Kritikal-satu permasaalah bangsa dan umat yang kritikal

Ramai di kalangan kita hari telah mendengar satu jargon ini "pemikiran kritikal" namun adakah kita sedar apa itu pemikiran kritikal.Adakah pemikiran kritikal ini hanya boleh ada pada golongan yang mempunyai PhD atau manusia-manusia di negara maju sahaja.Mari sama-sama kita fikirkan.
Kentaro adalah seorang penjual mee di Oomiya sebuah bandar di pinggir Tokyo pada tahun 1970an.Ali adalah penjual mee udang no 1 di negeri Perak.Penjualan mee Kentarou tidaklah terlalu bagus iaitu sebanyak 100 mangkuk sehari sahaja.Tapi ali dapat menjual mee dengan jumlah 500 mangkuk sehari.Satu nilai yang sangat besar bagi pada zaman 1970an.Kentarou terpaksa memikir bagaimana cara untuk meningkatkan jumlah jualannya.Ali sangat gembira dengan hasil jualan nya.Dan dia cukup berpuas hati dengan jumlah jualannya.Suatu hari Ali dan Kentarou melancong ke negeri Cina.Mereka terserempak di kedai menjual Suhun ataupun suun.Ali dan Kentarou memesan suhun rebus dari kedai Ah Chong tersebut.Meja mereka mengadap dapur ah chong.Masing-masing melihat ke arah ah chong yang merebut suun tersebut hingga kembang sebelum di tuang kedalam mangkuk.Kentarou melihat dengan teliti bagaimana cara Ah Chong membuat masakan tersebut terutamanya bila suhun itu mengembang.Ali pulak di dalam hatinya emmm sempoinya suhun ni x best la xle buat panduan.Selepas makan masing-masing balik ke negara masing.Ali dengan business nya yang semakin sibuk sehingga 700 mangkuk sehari.Ali memutuskan untuk menghadkan businessnya kepada 1000 mangkuk sehari kerana tidak mampu menyediakan jumlah yang lebih banyak.Kentarou masih susah hati dengan perniagaaannya.Kentarou teringat mcm mana suhun kering mengembang jd suhun basah.Kentarou terfikir kalau suhun buleh disimpan sebegitu rupa kenapa tidak mee nya.Kentarou mula mengkaji pasal mee kering dan mula memasarkannya selepas beberapa bulan mengkaji.Permintaan terhadap mee segera kentarou semakin tinggi.Ali masih dengan 1000 mangkuk.Ah chong masih menjual di gerai di jalan Kow Tung.Hari ini 2009 ,Kentarou sedang melancarkan Kentarou instant mee-Mee udang perak di Kuala Lumpur,Ali masih lagi berniaga di Ceruk Tokkun dengan kedai beratap Zink,Ah Chong baru abis kursus pembungkusan suhun dalam pek plastik.

Kepada rakan yang berpemikiran kritikal.....


Coretan Abdullah Zawawi Mohamed

No comments:

Post a Comment